Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Mohd Nazeri bin Ghazali telah menerima watikah perlantikan sebagai Pengerusi MPKK Kampung Rumpun Makmur 2019/2020. Sesi majlis penyerahan sijil lantikan kepada kesemua Pengerusi MPKK dibawah Parlimen Kuala Krau ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Sri’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Adun Kerdau yang juga merupakan Pengerusi JawatanKuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. Sesi bergambar bersama YB Adun ialah Penghulu Mukim Jenderak 2, iaitu En. Shamsul Bin Nahar dan juga 4 Orang Ajk MPKK Kg. Rumpun Makmur turut hadir bersama. Fungsi utama MPKK adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek/ program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. Semoga MPKK Kg. Rumpun Makmur terus cemerlang.