PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) FELCRA RUMPUN MAKMUR



Pusat Ekonomi Digital (PEDI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.
Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.
Penggunaan PEDI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PEDI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Perkhidmatan dan Latihan yang disediakan di PI :
- Program Pembangunan Modal Insan & Keusahawanan
- Kempen Kesedaran ICT
- Perkhidmatan eGoverment
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PEDI adalah :
- fotostat
- Printing (black and white)
- Printing (colour)
- Binding
- Laminate
- Scanning
Bengkel / kelas yang disediakan :
- kelas asas komputer
- keusahawanan
- Intel Learn Easy Steps
- Kelas asas Microsoft Offices
