| TARIKH : 6 SEPTEMBER 2025 MASA : 9.30-4.30 PETANG LOKASI : NADI FELCRA RUMPUN MAKMUR PESERTA : 55 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan adalah untuk menyemarakkan lagi rasa cinta akan negara melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan.Pelbagai aktiviti mengikut peringkat umur telah diadakan bagi memupuk semangat cinta akan negara bermula sejak kecil.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di NADI antaranya ialah pertandingan mewarna poster merdeka bagi kategori kanak-kanak dan ibu bapa,pertandingan menghias bento makanan bertemakan kemerdekaan,wayang pacak serta kuiz kemerdekaan.Selingan nyanyian lagu tanggal 31 dan laungan merdeka turut menggamatkan suasana program.