| TARIKH : 14 MAC 2026 MASA : 8.00 PAGI-3.00 PETANG LOKASI : NADI FELCRA RUMPUN MAKMUR PESERTA : 64 ORANG |
TUJUAN
Bazar Raya @ NADI telah diadakan di NADI bertujuan untuk membantu usahawan setempat mempromosikan produk mereka sekali gus dapat mengeratkan silaturahim sesama komuniti.
AKTIVITI
Pelbagai gerai jualan produk setempat dibuka dan terdapat juga kelas seperti kidventure dan kelas keusahawanan khas untuk para usahawan bagi memantapkan lagi perniagaan mereka.Kuiz dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambil membeli-belah.