| Tarikh : 4 Disember 2025 Masa : 3.00-4.30 Petang Lokasi : NADI Felcra Rumpun Makmur Peserta : 4 Orang |
TUJUAN
Melalui webinar bertajuk “Ancaman Kamera Tersembunyi: Apa Yang Anda Perlu Tahu”, peserta akan mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran.
AKTIVITI
Webinar ini menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan elektronik kecil yang sukar dikesan.