Tarikh : 05 Jan & 10 Jan 2021
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Kg. Rumpun Makmur, Kg. Sekoh dan Kg. Pulau Raya
Susulan banjir yang berlaku baru-baru ini di kawasan Kuala Krau, JKKK Rumpun Makmur telah mengagihkan 180 unit kit makanan kepada semua rumah di Rumpun Makmur untuk keperluan mangsa yang terjejas sumber makanan dan yang terkepung. Manakala 4 buah rumah penduduk yang terjejas adalah Kg. Sekoh dan Kampung Telok Jerijak yang terputus hubungan akibat banjir telah disalurkan dengan menaiki bot. JKKK Rumpun Makmur juga turut menyediakan PPS, Pusat Pemindahan Sementara untuk mangsa banjir yang terjejas bagi kawasan yang berdekatan. Sumbangan melalui Ahli Parlimen Kuala Krau, Adun Kerdau, JKM.