Perkhidmatan penghantaran makanan menjadi tumpuan orang ramai di musim PKP kerana lebih mudah dan pantas.Pihak kementerian kesihatan telah menetapkan panduan bagi penghantar makanan bagi memastikan tiada jangkitan covid-19. Sumber :Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan,KKM
1.Tidak berkongsi berita yang diragui atau tidak pasti 2.Sentiasa brfikir dan bertanggungjawab terhadap apa jua berita yang dikongsi Sumber :Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Jabatan Penerangan Malaysia
Semua 217 kes berkaitan berita palsu sedang disiasat, 23 daripadanya telah pun dibawa ke mahkamah.Hentikan penyebaran berita/info palsu kerana ia boleh mengelirukan serta menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalamkalangan rakyat. Sumber :Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Majlis Keselamatan Negara
Patuhi arahan perintah kawalan pergerakan dengan duduk di rumah dan keluar untuk membeli keperluan haraian sahaja kerana dengan duduk di rumah rantaian covid-19 dapat diputuskan sekali gus dapat mengekang penularan covid-19. Sumber :Kementerian Kesihatan Malaysia,Portal MyHealth
Bersama kita hentikan penyebaran berita palsu kerana berita palsu hanya akan menyebabkan rakyat panik seterusnya tidak mambantu kerajaan dalam menangani wabak covid-19.Semak dahulu sumber berita sebelum sebar bagi menetukan kesahihan berita tersebut.Tidak pasti jangan kongsi. Sumber : Klik Dengan […]
Bagi membersihkan kawasan dalam rumah ikuti panduan yang telah dinyatakan bagi memudahkan proses nyahkuman supaya rumah kekal bersih dan selamat. Sumber :Kementerian Kesihatan Malaysia Portal MyHealth
Jangan mudah percaya dengan berita yang tersebar di media sosial pastikan sumber beita sahih kerana berita palsu hanya akan menyebabkan panik dan menggugat keselamatan negara. Sumber :Majlis Keselamatan Negara
Pemandu teksi dan juga e-hailing merupakan individu yang berpotensi tinggi untuk dijangkiti covid-19 oleh itu langkah pencegahan mestilah diamalkan bagi membasmi penularan covid-19 sama ada daripada pemandu mahupun penumpang. Sumber :KKM